Monday 16 April 2018

Pemasangan Cable UTP CAT5E




Pada 15 Mac 2018 saya telah ditugaskan untuk membuat strukture Cabling bersama Puan Anuruzi

Alatan dan bahan yang digunakan

1)cutter
2)cable tester
3)punch down\
4)crimping tools
5)RJ45
6)UTP cable CAT5E
7)modular jack

Gotong Royong Di Makmal Perkakasan




Pada 9 February 2018 yang lalu semua pelajar telah membuat gotong royong membersihkan makmal perkakasan.kami membahagikan tugas masing-masing.Untuk berada dalam keadaan yang bersih kita haruslah selalu melakukan gotong royong.

Saya dan Nazdi membuat kerja mengasingkan komponen yang rosak dan yang masih elok seperti power supply.Untuk mengetahui power supply tersebut rosak atau tidak kita haruslah melakukan jumper iaitu meletakkan seutas wayar di lubang pin power supply

Melakukan Preventive Di Makmal Aplikasi




Pada 21 February 2018 saya dan rakan yang lain telah melakukan preventive maintanance di makmal aplikasi.Kami melakukan gotong royong membersihkan kesemua komputer.Selain itu,kami menanggalkan kesemua kable.Kami juga membersihkan kawasan makmal tersebut.Seterusnya,kami mencuci habuk dan debu menggunakan blower untuk mengelakkan komputer panas,rosak dan sebagainya.

Bahan-bahan yang digunakan

1)Kain buruk
2)Blower
3)Penyapu
4)Pemutar skru
5)Cable tie

Perlantikan Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2018



                                              


Pada 5 February 2018 yang lepas ILP Perai telah mengadakan perlantikan MPP sesi 2018.Program ini melibatkan semua pelajar dan pengajar.Perlantikan ini melibatkan dua orang iaitu naib presiden dan juga presiden.

Cara Membuang Virus



Pada 30 Mac 2018 yang lalu saya bersama rakan lain telah belajar cara untuk membuang virus bersama Encik Fuad di makmal ICT.Kami belajar langkah demi langkah untuk membuang virus di komputer.

Setelah Encik Fuad selesai mengajar dia menyuruh kami mencuba untuk membuang virus di komputer sendiri.Agak susah pada awalnya untuk membuang tapi apabila sudah mencuba banyak kali ternyata senang untuk membuang virus.Sekarang ini tidak perlu risau lagi sekiranya virus memasuki komputer kerana kita telah mengetahui caranya

Sesi pembelajaran Khas Dari Syarikat Fulkrum





Pada 12 February 2018 yang lepas Syarikat fulkrum telah datang untuk membuat sesi pembelajaran cara untuk mahir dalam bidang coding.Selain itu,mereka juga mengajar cara untuk membuat design mengunakan Adobe Photoshop.

Mereka ajar cara untuk mengunakan HTML,CSS dan juga bootstrap.Sesi kami dgn mereka bermula dari pagi hinggalah petang.Banyak pengalaman yang diperoleh kami sewaktu kedatangan mereka

Cameron Highland



Pada 11 Mac 2017 saya dan keluarga saya bercuti di Cameron Highland.Kami bercuti disana selama 2hari1malam.Kami bertolak ke sana dari pukul 6 pagi dan tiba pada pukul 1 tengahari.

Kami check in hotel di kawasan tanah rata.Setelah lama berehat di hotel kami mula bersiar-siar.tempat pertama yang dikunjungi oleh kami ialah ladang buah strawberry.Setelah selesai melawat ladang strawberry kami pula pergi ke ladang teh.selain itu,saya juga membeli sedikit buah tangan berasaskan teh untuk dibawa pulang

punca kerosakan monitor dan penyelesaiannya



MONITOR merupakan suatu aset komputer yang penting. Sebagai pengguna biasa, apakah erti komputer tanpa monitor? Tiada fungsi bukan? Kerosakan monitor adalah satu azab bagi pengguna biasa. Masalah monitor yang sentiasa dihadapi pengguna antaranya:
Tengah guna tiba-tiba monitor tukar kepada mod tidur (sleep mode)
Skrin berkelip-kelip (blinking)
Boleh ON tapi tiada paparan langsung (no display)
Button tak boleh nak tekan. Lagi azab kalau button on/off yang tak boleh tekan.



Kilat/Petir menyambar.
Antara punca yang selalu menyebabkan monitor rosak:
Tak tutup plug bila dah habis guna.
Tak tutup masa kilat tengah sambar-menyambar.
Minuman/makanan terkena pada monitor.
Jangkahayat button dah luput
Terhempas/Jatuh/Terhentak.




Contoh board.
Jika monitor anda mengalami masalah yang sama seperti diatas, antara jalan penyelesaiannya (bergantung kepada masalah yang dihadapi) ialah:
Tukar komponen-komponen dalam seperti Motherboard, Power Supply dan lain-lain.
Tukar Skrin
Tukar casing



Cara nak cegah monitor dari kerosakan, antaranya;
Makanan/minuman jangan sesekali letak atas meja komputer.
Bila tak guna, tutup plug. Lebih bagus cabut power cord terus.
Masa petir tengah menyambar, lebih baik cabut semua wayar.
Periksa pendawaian(wiring) rumah anda. Dapatkan khidmat pakar.
Ikut Standard Operating Procedure yang ditetapkan oleh majikan atau intitusi pengajian.

Kerosakan Yang Sering Berlaku Pada Printer



1 ) Tiada Cetakan Berlaku / Cetakan Tidak Terhasil .
Penyebab : Pita yang terdapat pada pencetak atau pengerak ribbon tidak dapat berpusing.
Penyelesaian : Anda perlu periksa kedudukan pita pencetak, sekiranya tiada masalah, pastikan pengerak ribbon bergerak secara normal iaitu ianya tidak berpusing semasa kepala bergerak ke kiri dan ke kanan.
2 ) Kertas Tidak Masuk Pada Pencetak.
Penyebab : berkemungkinan penderia ( sensor ) tidak dapat membaca kehadiran kertas atau roller tidak berfungsi berkemungkinan roller anda patah pada matanya pengeraknya.
Penyelesaian : Bersihkan penderia dan roller/ jika roller anda patah pada mata pengeraknya, anda perlu melakukan sedikit modifty supaya hujung mata tersebut berhubung pada pengerak roller.
3) Cetakan Terpotong/ Tidak Sempurna.
Penyebab : jarum pada kepala pencetak ( print head ) kotor atau tersumbat disebabkan anda jarang menggunakan printer, maka ink yang terdapat pada cartridge akan keras.
Penyelesaian : Buka kepada pencetak dan periksa titik pin yang berada pada sisi depan sekiranya berlubang atau anda  periksa jalur pada kepala pencetak sekiranya terputus,
Anda juga boleh mencuba merendamkan kepada pencetak anda/ catridge anda ke dalam air panas ( amaran : rendam hanya separuh jangan penuh,supaya mata pencetak dibawah tersentuh dengan air panas, dimana ink yang keras akan cair.
Jika kesemua penyelesaian diatas telah anda lakukan, makan hasil masih sama, seelok anda tukar kepala pencetak/cartridge yang baru.
4 ) Semasa cetakan dilakukan, kepala pencetak anda melompat-lompat / cetakan melompat-lompat.
Penyebab : ianya disebabkan tidak lancarnya gerakan kepala pencetak ke kiri dan ke kanan/ atau metal rail anda tidak tegang.
Penyelesaian : Bersihkan metal rail  menggunakan cecair, lap dengan kering  atau pastikan matel rail anda tegang, dimana fungsi metal rail mengerakkan kepala pencetak/catridge semasa proses cetakan berlaku.
5 ) Cetakan Laser/ Mesin Photostat anda berbelang-belang.
Penyebab : Drum kotor, berkemungkinan kerana kekerapan menggunakan mesin dan disebabkan oleh cara pengguna menarik kertas yang tersangkut.
Penyelesaian : Cuba bersihkan kotoran yang terdapat pada drum sekiranya tidak berjaya anda perlu tukar baru.
Nota : Sesetengah drum  dilekatkan sekali bersama toner, jadi anda perlu menukar toner baru, sekiranya drum tersebut bermasalah.

Cara Membaiki CD-ROMS

Saya akan paparkan macam mana caranya untuk kita me"repair" CD-ROMS ini atau dalam Bahasa Melayunya "Pembaca Cakera Liut" (pelik tapi benar).

Langkah ini anda boleh gunakan untuk CD, CD-RWs, DVD atau pun yang sewaktu dengannya. Untuk pertama kalinya, anda mestilah memeriksa apakah yang membuatkan cd-roms anda itu rosak.

Terdapat berberapa sebab musabab dan penyelesaian untuk masalah berkenaan cd-roms yang rosak itu.

Sebab kerosakkan dan penyelesaiannya adalah:

Tidak dapat membuka CD-ROMs dan LED padanya tidak menyala:

Periksa "power" dan cable controller (wayar dibelakang CD-ROMs) samada ia dalam keadaan yang baik atau pun tidak. Kadang-kadang ia tertanggal atau pun wayar di belakang itu telah putus.
Dekat belakang CD-ROMs tu ada "PIN". Periksa sama ada "PIN" tersebut di letakkan sama dengan wayar belakang CD-ROMs dan sama dengan atas motherboard.
Kemungkinan kerosakan berlaku pada Windows anda ataupun windows anda tidak dapat meng"detect" cd-roms tersebut.
Sila lihat "Jumper" di belakang cd-roms anda sama ada ia disetkan dengan betul.
Tidak dapat membuka CD-ROMs tetapi LED menyala:
CD yang terdapat di dalam cd-roms itu telah rosak
Cuba keluarkan dan masukkan kembali CD anda.
Cuba cuci CD anda. Kemungkinan terdapat kekotoran dan calar yang membuatkan cd-roms tidak dapat membacanya.
Jika tidak berjaya juga, sila periksa sama ada "Jumper" yang berada di belakang cd-roms telah disetkan dengan betul.
CD-ROMs langsung tidak dapat di buka:
Tekan butang yang terdapat di cd-roms untuk beberapa saat.
Klik di My Computer pada Desktop anda, klik sebelah kanan pada icon cd-roms anda dan klik pada menu "Eject".
Pada depan cd-roms itu, terdapat satu lubang yang halus. Sila perhatikan. Anda dapat membuka tray cd-roms itu dengan memasukkan jarum pada lubang tersebut dan tekan sampai tray terbuka. Sila lakukan semasa komputer anda di "off" kan untuk keselamatan.
Jika tidak dapat diselesaikan juga masalah cd-roms itu, sila periksa sama ada cable wayar yang berada dibelakan cd-roms anda dipasang dengan betul.
Kemungkinan terdapat CD yang telah patah atau pun rosak menyebabkan tray cd-roms anda tidak dapat dibuka. Anda boleh membuka cd-roms tersebut untuk mengeluarkan cd tersebut atau cd-roms anda perlu digantikan dengan yang baru.
Kedengaran bunyi benda berpusing dan tersekat-sekat:
Kemungkinan cd anda telah rosak atau pun tercalar teruk
Cuba keluarkan cd dan masukkan semula dalam cd-roms
Cuci cd anda dari kekotoran.
Periksa kabel wayar di belakang cd-roms. Pastikan ia dipasang dengan betul.
Periksa "Jumper" di belakan cd-roms. Pastikan ia disetkan dengan betul.
Data transfer yang sangat perlahan:
Periksa sama ada anda menggunakan kabel cd-roms bersamaan dengan dengan hardisk anda. Untuk maklumat anda, memang ia akan jadi perlahan kerana komputer anda terpaksa berkomunikasi dengan 2 benda dalam satu masa. Cadangan saya ialah ubah cd-roms anda ke "IDE controller" yang ke-2.
Kesimpulannya

Kadang-kadang, sudah sampai masanya untuk "ROSAK" pada benda-benda seperti cd-roms, floppy disk, hardisk dan benda lain pada komputer anda. So, sabar la banyak-banyak.

Nasihat saya adalah:

1. Jika anda menggunakan CD/DVD anda untuk bermain game, sila backup dan buatkan image untuk cd game anda itu. Anda boleh menggunakan software DeepBurner. Sila klik di sini untuk mendapatkannya. Untuk software untuk membaca file ".iso" (backup image yang anda telah buat), gunakan Daemon-Tools. Sila dapatkannya di sini.

2. Jangan letakkan komputer anda di tempat yang berhabuk. Selalunya habuklah antara punca utama kerosakkan cd-roms dan floppy disk anda.

7 JENIS OPERATING SYSTEM UTAMA DI DUNIA



Pernahkah anda ambil kisah tentang jenis-jenis Operating System utama yang ada di dunia ini? Mungkin anda hanya mengetahui 2 jenis operating system sahaja ini iaitu Window dan Mac Os. Tahukah anda, terdapat OS lain juga yang wujud di dunia ini.

Jenis – jenis Operating System Utama (OS)
Setiap OS ini mempunyai kelasnya tersendiri dan keistimewaannya sendiri. Terdapat juga OS yang perlu dibeli lesennya seperti ‘Window’ dan kebanyakkan darinya hanya percuma untuk dimuatturun. Tak sabar nak tahu lebih lanjut? Jom teruskan membaca! Kami akan memperkenalkan satu persatu OS ini secara ringkas.

Microsoft Window



Microsoft Windows atau yang lebih dikenal dengan sebutan Windows adalah keluarga sistem operasi. yang dikembangkan oleh Microsoft, dengan menggunakan antarmuka pengguna grafis. Ia merupakan satu operating system utama di dunia. Sistem operasi Windows telah berevolusi dari MS-DOS, sebuah sistem operasi yang berbasis modus teks dan command-line. Windows versi pertama, Windows Graphic Environment 1.0 pertama kali diperkenalkan pada 10 November1983, tetapi baru keluar pasar pada bulan November tahun 1985, yang dibuat untuk memenuhi kebutuhan komputer dengan tampilan bergambar. Windows 1.0 merupakan perangkat lunak 16-bit tambahan (bukan merupakan sistem operasi) yang berjalan di atas MS-DOS (dan beberapa varian dari MS-DOS), sehingga ia tidak akan dapat berjalan tanpa adanya sistem operasi DOS. Versi 2.x, versi 3.x juga sama. Beberapa versi terakhir dari Windows (dimulai dari versi 4.0 dan Windows NT 3.1) merupakan sistem operasi mandiri yang tidak lagi bergantung kepada sistem operasi MS-DOS. Microsoft Windows kemudian terus berkembang dan dapat menguasai penggunaan sistem operasi hingga mencapai 90%. Sehingga tahun 2016 ini, Microsoft telah berjaya mengeluarkan window 10 iaitu sebuah OS yang dapat digunakan untuk platform telefon pintar dan tablet. Dikatakan lebih ramai menggunakan Windows ini berbanding OS yang lain.

Linux


Linux (diucapkan ˈlɪnəks atau /ˈlɪnʊks/) adalah nama yang diberikan kepada sistem operasi komputer bertipe Unix. Linux merupakan salah satu contoh hasil pengembangan perangkat lunak bebas dan sumber terbuka utama. Seperti perangkat lunak bebas dan sumber terbuka lainnya pada umumnya, kode sumber Linux dapat dimodifikasi, digunakan dan didistribusikan kembali secara bebas oleh siapa saja.

Dengan kata lain,linux adalah salah satu sistem operasi unix dan berlesen open source atau source code nya yang dikongsi. Jadi linux boleh dibangunkan oleh siapa saja. Itu merupakan kelebihan dari linux.

Software linux dan windows adalah berbeza. Linux sendiri mempunyai banyak pembangun dan namanya. Jom kami kenalkan jenis-jenis linux. Mungkin anda pernah dengar dan mungkin juga anda tidak pernah dengar

PCLinuxOS
PCLinuxOS adalah satu Sistem Operasi Open Source. PCLinuxOS juga suatu distribusi GNU/Linux, itu berdasar pada kernel Linux menggunakan GNU toolset. PCLinuxOS salah satu dari penyedia-penyedia dunia yang sedang naik bintang karena userfriendly pada desktop.

Debian
Debian format paket programnya yang menggunakan DEB dianggap lebih stabil dari pada RPM. Debian juga sudah menggunakan metode autodetect untuk penggunaan peripheral pada komputer.

Redhat
Redhat diakui sebagai server tercepat dibandingkan dengan linux server lainnya. Selain sebagai server tercepat, Redhat juga dapat digunakan sebagai client maupun sebagai PC desktop/PC standolone. Saat ini redhat sudah beredar dengan versi 9.0 yang dapat menggunakan desktop Genome dan juga KDE.

Caldera
Caldera merupakan jenis linux yang pertama yang menggunakan Auto-Detect Hardware ( seperti plug and play pada Mac)

Slackware
Slackware adalah distribusi linux yang pertama yang merupakan distribusi linux yang murni, kalo ga salah linux tertua n hampir menyamai Unix dalam penggunaannya.

Suse
SuSE Linux dilengkapi dengan Desktop Manager yang dikenal dengan KDE. SuSE adalah jenis Linux pertama yang menyertakan bahasa Indonesia dan pilihan bahasa yang digunakan dalam sistem Operasi Linux.

Corel
Corel Linux dirancang sebagai end-User. Pada Corel Linux semuaya serba grafis, dimulai pada saat prosedur Instalasi hingga boot sistem

Turbo
Turbo Linux dibuat dari berbagai under Linux/UNIX. Turbo Linux mengkhususkan diri di bidang clustering computer.

Mandriva
Mandriva Linux yg sebelumnya bernama Mandrakelinux atau Mandrake Linux merupakan suatu distribusi Linux yang diciptakan oleh Mandriva. Itu menggunakan RPM Package Manager. Bila redhat direkomendasikan sebagai server, maka mandrake dijadikan sebagai client yang handal. Tujuan awal dari diciptakannya Mandrake Linux adalah untuk mempermudah penggunanya dalam melakukan installasi dan penggunaan Linux itu sendiri. Sebelum keluarnya Corel Linux, Mandrake merupakan distribusi linux yang paling familiar. Jika Redhat keluar desktop manager menggunakan Gnome, maka inux Mandrake keluar dengan desktop manager KDE buatan SuSE Jerman

Ubuntu
Ubuntu Linux hadir dalam 2 versi yaitu versi LiveCD dan versi Install. Anda bisa memakai versi LiveCD kalau anda tidak ingin menginstallnya kedalam Komputer.

Mac Os




Mac OS adalah singkatan dari kata Macintosh Operating System. Ia merupakan satu operating system utama di dunia pada ketika ini. Mac OS diciptakan oleh perusahaan Apple Inc. Design yang ringkas dan mesra pengguna. Mac OS merupakan sistem operasi pertama yang menggunakan Graphical User Interface – GUI. Orang-orang penting pada Macintosh yaitu Bill Atkinson, Jef Raskin dan Andy Hertzfeld. Kata Macintosh diambil dari nama Epal kesukaan Jef raskin ,McIntosh. Diperkenalkan pada tahun 1984, dan menjadi salah satu raksasa penguasa Operating System sekarang. Sejak tahun 2006, MAC OS telah memiliki kompatibilitas dengan arsitektur PowerPC maupun x86.

Mac OS X adalah versi terbaru dari sistem operasi Mac OS untuk komputer Macintosh. Sistem operasi ini pertama kali dikeluarkan pada tahun 2001. Karakter “X” adalah nombor Romawi yang berarti sepuluh, di mana versi ini adalah penerus dari sistem operasi yang digunakan sebelumnya seperti Mac OS 8Mac OS 9. Beberapa orang membacanya sebagai huruf “X” yang terdengar seperti “eks”. Salah satu alasan mengapa mereka menafsir sedemikian kerana tradisi untuk memberikan nama sistem operasi yang berbasis Unix dengan akhiran “x” (misalnya AIX, IRIX, Linux, Minix, Ultrix, Xenix). dan Mac OS X Server juga dikeluarkan pada tahun 2001. Pada dasarnya versi Server ini mirip dengan versi standardnya, dengan perbezaan bahwa versi Serverworkgroup dalam komputer berskala besar. Contoh filter tambahan yang tersedia untuk versi ini adalah peranti lunak untuk menjalankan fungsi-fungsi seperti SMTP, SMB, LDAP dan DNS. Selain itu cara melesenkan juga berbeza. Sekadar untuk mencukupkan peranti lunak untuk keperluan pengurusan  Mac OS X adalah sistem operasi yang menggunakan kernel BSD sehingga beberapa kalangan mengatakan bahwa Mac OS X termasuk dalam keluarga Unix. Hal yang menarik dari OS ini adalah keindahan tampilannya sehingga menjadikannya pautan bagi pengembang desktop lain.

Unix


UNIX Sistem operasi yang dibuat oleh dua orang ahli programmer, Ken Thompson dan Dennis Ritchie, yang kemudian dikembangkan oleh AT&T Bell Labs. Unix dirancang khusus sebagai operating system yang multiuser, multitasking dan portabel. Meskipun demikian, OS lebih banyak dipakai untuk keperluan server ataupun workstation. Inilah salah satu perbedaan Linux dan Unix.

Unix memiliki tingkat kompatibilitas yang tinggi sehingga seringkali dipakai sebagai bahan modifikasi dan pengembangan lanjutan. Tak heran bila terdapat beragam varian Unix dengan kelebihan dan kekurangan masing-masing, salah satu yang paling populer adalah Linux yang dikembangkan Linus Torvalds.

Dot Os


Disk Operating System (DOS) adalah keluarga sistem operasi yang digunakan di komputer pribadi. Sekarang, istilah DOS menjadi istilah generik bagi setiap sistem operasi yang dimuat dari perangkat penyimpanan berupa disk saat sistem komputer dimulakan.


Sistem Operasi Disk (Disk Operating System – DOS) merupakan sistem yang digunakan untuk mengelola seluruh sumber daya pada sistem komputer. Sumber daya di komputer baik hardware dan software perlu dikelola dengan baik sehingga sistem dapat bekerja dengan baik (stable), menghindari perebutan pengerjaan (bottleneck), memberikan prioritan pengerjaan, menghindari gangguan-gangguan (virus, hacker), mengatasi sistem dari kegagalan (roolback). DOS terbagi beberapa kelas, yakni :



MS-DOS (Microsoft Disk Operating System


IBM PC-DOS (International Business Machine Personal

Computer Disk Operating System
DR-DOS (Digital Research Disk Operating System)


Novell Personal Netware
Caldera DOS
FreeDOS

Solaris


Solaris merupakan suatu Operating System utama turunan asli dari varian kernel Unix yang dikembangkan pada tahun 1969 oleh American Telephone and Telegraph (AT&T). Solaris pada umumnya digunakan untuk menjalankan web server dan database server. Sejak Sun memulai membangun Solaris, pangsa pasar ditujukan untuk perusahaan menengah ke atas (Enterprise). Solaris juga membangun sebuah operasi system yang berfokus pada bagaimana Solaris boleh digunakan dengan baik dan stabil dengan membandingkan operasi system dengan sistem Unix lainnya. Solaris memberikan dukungan pada kemampuan Multiprocessor, bagaimana mengatasi deadlock, bagaimana menjaga dan meningkatkan CPU dan bagaimana teknik pengurusan Memory yang baik. Jika dilakukan perbandingan multiprocessor pada mesin yang sebanding antara Solaris 10 x86, RedHat Enterprise Linux 4, RedHat Enterprise Linux 5 dan Windows  Server 2003 R2. Solaris lebih unggul dalam stabilitas, efisiensi dan juga memiliki kinerja terbaik pada sebuah system operasi.

Free bsd


FreeBSD adalah salah satu system operasi yang bersifat open source. FreeBSD sebagai salah satu dari keluarga BSD, saat ini sangat banyak digunakan dan bahkan dikembangkan di berbagai kalangan individu, perusahaaan dan bahkan universiti. Bila dibandingkan dengan Windows, FreeBSD relatif lebih sulit dalam penggunaan, kerana masih bersifat text base dalam memberikan command, sedangkan windows memiliki GUI yang jauh lebih dibandingkan dengan FreeBSD. Namun, terdapat juga jenis BSD yang memiliki GUI, seperti PC-BSD. Keunggulan FreeBSD dibandingkan dengan Windows, adalah kebebasan dalam penggunaan, disamping pengembangan dari system operasi tersebut, kerana lesen yang sudah dijamin untuk kebebasannya.

Perjalanan panjang jenis UNIX BSD di mulai di Universiti California Barkeley pada tahun 1973. Berkeley Software Distribution (BSD) pertama kali dibangun dan dikembangkan oleh Computer System Research Group (CSRG) di University of California at Berkeley (UCB), BSD pertama kali keluar pada akhir 1977 sebagai paket tambahan dan patch dari AT&T UNIX varsi 6, yang mana waktu itu beroperasi pada mesin PDP-11 minicomputer.

BSD dibuat, dikembangkan, dan digunakan secara “Bebas” sebagai perlawanan terhadap lisensi UNIX yang dimiliki oleh AT&T dan oleh karena itu BSD mempunyai lesen tersendiri yang memungkinkan setiap orang bebas melakukan pengembangan, dan menggunakan kode sumber BSD, bahkan setiap orang boleh untuk menyalin ulang kode sumber BSD, dan kerana kelebihan “bebas” tersebut, BSD berkembang menjadi beberapa varian yang saat ini banyak digunakan berbagai kalangan. Sampai saat ini pun, banyak pembangun yang terus mengembangkan kode sumber dari BSD.

MOTHERBOARD ROSAK TANDA-TANDA MOTHERBOARD ROSAK, PUNCA BERLAKU KEROSAKAN DAN LANGKAH PENYELESAIAN



Sebelum anda repair motherboard laptop yang rosak itu ada beberapa perkara yang anda perlu tahu supaya anda tidak salah faham.Macam mana nak kita boleh mengenal pasti bahawa motherboard laptop itu rosak atau tidak? 

Tanda-tanda motherboard laptop rosak
Laptop tak boleh nak ON. Tekan berpuluh-puluh kali button ON pun tak menyala.
Laptop boleh ON, tapi display dekat skrin laptop tak keluar. Dah cuba connect dengan external monitor pun tak keluar juga.
Cucuk adepter dekat laptop tak menyala dan cuba tukar adepter baru pun masih sama indicator pada laptop tak menyala.
ON laptop tapi display tak cun, display yang keluar macam tv rosak macam gambar matrix warna hijau.
ON laptop tak sampai 5-10 minit tiba-tiba laptop tu auto shutdown atau auto restart dengan sendiri.
 Anda juga boleh melihat suhu laptop anda dengan menggunakan software speecy dimana anda boleh download diri internet. Caranya sangat mudah taip download speecy dalam search bar browser anda.

 BAGAIMANA MASALAH INI BOLEH DISELESAIKAN?
Terdapat 5 pilihan yang boleh anda buat : 
Tukar Motherboard yang baru
(untuk penggetahuan anda harga motherboard laptop tak sama dengan desktop. Ini kerana Motherboard laptop jauh lebih mahal ada yang mencecah ribuan ringgit) 
Tukar Motherboard Second hand
Ini berisiko sedikit, seperti anda tahu barang second hand ni bukan semuanya OK. Anda sendiri tak tahu condition motherboard tersebut, kebiasannya ada banyak benda yang tak kena. 
Repair Motherboard
Membaiki komponen atau bahagian yang sudah rosak supaya motherboard tersebut boleh beroperasi seperti biasa. Kelebihanya adalah kos adalah lebih rendah dari tukar motherboard baru. 
Tukar chipset baru
Menukar seketul chipset motherboard yang rosak dengan chipset yang baru dengan harga yang berpatutan dan juga mendapat hasil yang terbaik. 
Beli laptop baru
Ini adalah jalan teraikhir sekiranya motherboard laptop anda tidak dapat di baiki lagi. Ye lah harga laptop sekarang bukan nya murah, aggaran RM1500+++ itu pun bergantung dengan model dan spesifikasi yang anda mahukan. Biasanya ini merupakan jalan yang terakhir. 

punca kerosakan hard disk dan cara melindunginya


Hard disk merupakan perkakasan penting di dalam sistem komputer anda, baik desktop mahupun laptop. Selain dari digunakan sebagai storan menyimpan data, ia juga digunakan untuk menempatkan sistem operasi komputer anda. Oleh itu, hard disk memerlukan penjagaan yang rapi supaya ia keselamatan kandungan datanya terjamin dan dapat digunakan pada tempoh yang lebih panjang.

Artikel ini menceritakan serba sedikit tentang punca kerosakan hard disk biasa dan cara penjagaannya. Penjagaan hard disk jenis SSD tidak dirangkumi kerana tata cara pengurusan dan risiko kerosakannya agak berbeza jika dibandingkan dengan hard disk biasa.

Kerosakan Fizikal




Punca paling kerap berlaku yang menyebabkan hard disk biasa lekas rosak adalah kerosakan fizikal yang disebabkan oleh terjatuh atau gegaran. Binaan dalaman hard disk yang terdiri dari komponen-komponen kecil mekanikal sangat sensitif terhadap sebarang perubahan yang berlaku terhadap jajarannya (alignment). Terlari sikit pun sudah cukup untuk menjadikan hard disk berkenaan bermasalah.

Untuk itu, langkah sebaiknya adalah meminimumkan sebarang pergerakan luaran yang melibatkan hard disk anda. Hard disk desktop yang bersaiz faktor 3.5 inci lebih berisiko untuk rosak berbanding hard disk untuk kegunaan laptop (2.5 inci) kerana hard disk untuk laptop dibina lebih tahan lasak kerana ia dibina khusus untuk peranti mudah alih.

Namun, anda tetap perlu mengendalikannya dengan berhati-hati kerana kalau anda terhentak sikit pun hard disk berkenaan mempunyai risiko untuk berlakunya kerosakan data.

Terlampau panas




Sama juga dengan perkakasan-perkakasan elektronik lain, hard disk perlu dioperasikan di bawah julat suhu yang optimal bergantung kepada model dan pengeluarnya. Asalkan anda menggunakannya di dalam julat suhu yang bersesuaian, hard disk dapat digunakan tanpa sebarang masalah.

Namun, masalah kepanasan sering timbul apabila kerangka desktop tidak diselenggara dengan baik hingga aliran udara di dalamnya terganggu akibat dipenuhi habuk. Begitu juga halnya dengan laptop di mana anda perlu ambil perhatian pada bahagian rongga aliran keluaran udaranya supaya bebas dari habuk-habuk yang menyekatnya.

Pengguna laptop boleh juga menggunakan pelapik laptop berkipas yang mampu melancarkan aliran udara pada permukaan bawah laptop dan mengurangkan risiko lampau panas pada laptop.

Fragmentasi fail




Fragmentasi fail bukanlah punca kerosakan hard disk secara langsung. Bagaimanapun, fragmentasi akan membuatkan hard disk bekerja dengan lebih kuat kerana perlu mencari pecahan-pecahan data yang bersepah dan tidak bersusun pada satu tempat.

Oleh itu, kerja-kerja defragmentasi perlu dilakukan supaya pecahan-pecahan data ini dapat disusun kembali dan memudahkan capaian data dapat dilakukan dengan lebih pantas. Defragmentasi juga penting untuk meningkatkan prestasi komputer anda secara keseluruhannya. Hard disk yang menggunakan format FAT32 perlu lebih kerap melakukan defragmentasi berbanding yang menggunakan format NTFS.Bagaimanapun, anda tidak perlulah terlalu kerap melakukan defragmentasi ini kerana fragmentasi berlaku apabila anda banyak perubahan data terlalu kerap berlaku pada hard disk anda. Sebaiknya, anda melakukan defragmentasi apabila fragmentasi anda sudah mencapai diantara 5 hingga 10 peratus.

Gangguan bekalan elektrik



Bekalan kuasa elektrik ada masanya tidak konsisten. Pada satu-satu masa, voltan boleh melebihi dari kadar biasa dan lonjakan voltan yang naik secara mengejut dalam waktu yang singkat dipanggil sebagai pusuan voltan (voltage surge).Pusuan voltan boleh menyebabkan kerosakan terhadap perkakasan komputer anda termasuklah hard disk. Untuk mengatasi masalah ini, penggunaan pelindung voltan pusuan (surge protector) dapat melindungi perkakasan komputer anda dari kerosakan yang berpunca dari gangguan bekalan elektrik.

Selain dari masalah pusuan voltan, masalah terputus bekalan elektrik yang berlaku terlalu kerap juga mampu mendatangkan kesan buruk terhadap perkakasan komputer terutamanya hard disk. Untuk itu, sebaiknya anda boleh mennggunakan power supply yang lengkap dengan surge protector. Perlindungan dua-dalam-satu ini sekurang-kurangnya mampu melindungi anda dari bahaya yang tidak diduga.

Kesimpulan


Hard disk memerlukan penjagaan yang cermat oleh kita sebagai pengguna. Hal ini kerana, walaupun hard disk boleh digantikan dengan yang baru, data yang terkandung di dalamnya itu lebih bernilai dari harga perkakasan itu sendiri. Oleh itu, langkah sebaiknya adalah mengendalikannya dengan cermat kerana bimbang ia rosak sebelum anda sempat melakukan backup terhadap kandungan di dalam hard disk berkenaan.

TVET MALAYSIA ROBOT COMPETITION



Pada 22-24 MAC 2018 yang lalu saya telah menyertai pertandingan robot di PWTC Kuala Lumpur.Saya bersama tiga orang rakan dan enam orang pengajar dari ILP Perai terlibat dalam pertandingan tersebut.

ILP Perai telah menghantar dua biji robot untuk bertanding dalam pertandingan tersebut.Kategori yang disertai kami ialah 8KG.Selain itu,terdapat 60 pasukan dari institut lain juga terlibat bersama-sama kami.

Kami berada di Kuala Lumpur selama empat hari dan menginap di kg Bahru.Kami menginap disebuah homestay yang tidak jauh dari PWTC.Homestay kami tidak jauh dari kedai makan dan disitu juga merupakan syurga makanan jika berada disana kerana disetiap jalan disana terdapat banyak kedai makan.

Sebiji robot yang disertai oleh kami telah berjaya memasuki peringkat akhir namun tidak berjaya untuk mendapatkan tempat yang pertama kerana berjaya dikalahkan oleh robot yang dimiliki oleh IKBN Dusun Tua. 

CARA-CARA UNTUK MENGELAKKAN KEROSAKAN PADA GRAPHIC CARD



 Graphic chipset ataupun cipset grafik ini merupakan sebuah komponen elektrik pada laptop dimana ia memberikan laptop display. Tanpa cipset ini, kita tak boleh nak guna laptop sebab laptop tidak dapat mengeluarkan display. Dengan graphic chipset yang moden, ia boleh digunakan untuk bermain game, video editing dan sebagainya. Tidak seperti graphic card pada desktop, ia tidak mempunyai kipas yang betul-betul berada di atas chipset, menjadikan graphic chipset ini lebih mudah panas, dan berkemungkinan untuk rosak lebih cepat. Di sini saya akan kongsikan cara untuk elakkan graphic chipset ini rosak.   1. Kurangkan bermain game. Game merupakan salah satu punca kebanyakan graphic chipset ini rosak. Kerana game menyebabkan graphic chipset ini running dengan suhu yang tinggi untuk memaparkan gambar yang terbaik ketika bermain. Suhu yang tinggi merupakan musuh utama graphic chipset Tidak salah untuk bermain game, tetapi, kurangkan waktu bermain, mungkin dalam sejam bermain, rehatkan dua jam. Kemudian sambung balik, dan rehat balik.   2. Kurangkan penggunaan software yang menggunakan chipset. Photoshop, Autocad, Blender, kebanyakan software ini juga menambahkan stress pada graphic chipset. Sama seperti game, ia juga boleh menaikkan suhu dan juga boleh mengundang kerosakan pada graphic chipset. Sebaiknya gunalah desktop untuk kerja-kerja yang berat ini.   3. Selalu membersihkan habuk dan gantikan Thermal Paste. Thermal Paste adalah satu bahan yang bertindak sebagai pengalir haba daripada graphic chipset kepada heat sink. Apabila suhu tinggi, thermal paste akan kering, dan akan menyebabkan suhu pada graphic chipset ini mendap dan merosakkan graphic chipset dan juga boleh merosakkan motherboard.

358 kes aduan dilaporkan kepada Tribunal Tuntutan Pengguna




JOHOR BAHRU: Sebanyak 358 kes telah dilaporkan kepada Tribunal Tuntutan Pengguna (TTP) Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) negeri dari Januari sehingga hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan Johor Datuk Tee Siew Kiong berkata dari jumlah itu kes aduan penipuan tertinggi yang dicatatkan melibatkan perancang perkahwinan iaitu sebanyak 31 kes dan pembelian perabot sebanyak 28 kes.

Bagaimanapun, sebanyak 259 kes telahpun berjaya diselesaikan dengan baki tuntutan sebanyak 99 kes.

"Bagi aduan yang melibatkan perancang perkahwinan, jumlah kerugian yang dianggarkan adalah antara RM200,000 hingga RM300,000. Kebanyakan kes melibatkan kegagalan penyedia perkhidmatan untuk menyediakan pakej perkhidmatan yang telah ditempah oleh pengguna.

"Dalam kes pembelian perabot, majoriti pengguna mengadu ditipu oleh syarikat perabot dimana pembeli yang membeli perabot tidak mendapat barangan yang dipesan walaupun telah membuat pembayaran penuh dengan harga perabot yang mencecah ribuan ringgit," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Penyelarasan Karnival Mega Muafakat Johor 2017 di sini hari ini.

Sementara itu, beliau berkata Karnival Mega Muafakat Johor 2017 yang akan berlangsung pada 12 hingga 14 Oktober di hadapan Bangunan Datuk Abdul Rahman Andak, Kota Iskandar, dijangka akan dihadiri lebih 50,000 pengunjung.

"Karnival ini akan berlangsung pada tiga hari terakhir Ekspo Johor Berkemajuan 2017 yang diadakan berdekatan iaitu di Dataran Mahkota, Kota Iskandar pada 6 hingga 14 Oktober ini," kata beliau.

Tee berkata karnival itu yang akan disertai 50 vendor, menyasarkan nilai jualan sebanyak RM500,000.

Menurut beliau, ini merupakan peluang yang baik kepada Industri Kecil dan Sederhana (IKS) untuk mengetengahkan produk-produk buatan mereka.

"Keutamaan memang diberikan kepada IKS tempatan kerana memang telah menjadi dasar kerajaan untuk membantu peniaga-peniaga IKS. Jadi rebutlah peluang keemasan ini," katanya.

Selain itu, barangan yang dijual pada karnival itu juga adalah 50 peratus lebih murah daripada barangan di pasaran, untuk membantu rakyat menangani kos sara hidup yang tinggi.

Mereka yang berminat untuk menyertai Karnival ini boleh berhubung dengan Urusetia KPDNKK di talian 07-2262024.

Varsity Mall idea bijak universiti jadikan mahasiswa usahawan




KUALA LUMPUR: Pembukaan Varsity Mall yang berwajah baharu dilihat sebagai satu idea bijak Universiti Utara Malaysia dalam membangunkan bidang keusahawanan dalam kalangan mahasiswa universiti ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, gedung perniagaan itu akan membantu mahasiswa untuk menjadi seorang usahawan berjaya pada masa hadapan dengan adanya platform ini untuk mereka menjalankan aktiviti keusahawanan.

Menurutnya, peluang perniagaan tersebut bukan sahaja untuk mahasiswa UUM, malah membuka ruang kepada penduduk setempat untuk berniaga secara kecil-kecilan bagi mempromosikan produk mereka.

"Tahniah kepada UUM di atas idea bijak ini, selain dapat menyiapkan Varsity Mall untuk kegunaan mahasiswa dan masyarakat untuk memperluaskan bidang perniagaan mereka," ujarnya pada Majlis Perasmian Varsity Mall, hari ini.



Sementara itu, Naib Canselor, Prof Datuk Seri Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata, bangunan Varsity Mall dibina lebih 25 tahun lalu dan memlaui proses pengubahsuaian dan penambahbaikan dengan jalinan kerajasama pintar antara UUM dan pemaju, Magna Hartamas Sdn Bhd.

Katanya, penambahbaikan itu bukan sahaja dapat memperbesarkan gedung ini dari 44 lot kepada 85 lot, malah 30 peratus daripada outlet yang ada disediakan kepada mahasiswa bagi tujuan pembangunan keusahawanan siswa UUM.

"Varsity Mall yang bernilai RM15 juta selepas tamat konsesi selama 10 tahun ini akan terus menjana pendapatan melalui kaedah pegangan syer antara pemaju dan UUM pada tahun kesebelas konsesi.

"Saya berharap dengan penjenamaan semula varsity Mall ini akan meningkatkan pendapatan UUM, selain mencetuskan minat dan menggilap bakat pelajar dalam dunia perniagaan," ujarnya.

Pada majlis tersebut, turut diadakan penyampaian sijil perakuan kepada 14 mahasiswa yang menjadi Usahawan Siswa di Varsity Mall bagi Program Pembangunan Keusahawanan UUM.

Harga nasi campur RM100 di Leban Chondong berpatutan - KPDNKK Pahang



KUANTAN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Pahang mengesahkan kedai yang mengenakan bayaran RM100 untuk dua pinggan nasi campur yang tular di media sosial seminggu lalu, tidak melakukan kesalahan.

Pengarahnya Sharuddin Jali berkata siasatan terhadap pemilik kedai makan itu mendapati harga yang dikenakan adalah berpatutan dan harga udang galah mengikut gred juga jelas dipamerkan di bahagian hadapan kedai.

"Siasatan mendapati bahawa gambar yang tular itu menunjukkan dua ekor udang galah, sedangkan jumlah sebenar yang diambil ialah empat ekor, di samping lauk lain termasuk sayur dan sotong.

"Bagi harga udang galah telah dinyatakan bahawa perkiraan adalah mengikut gred iaitu A, B dan C pada harga antara RM50 ke RM100 mengikut hidangan," katanya semasa dihubungi di sini, hari ini.

Sharuddin menambah siasatan juga mendapati tiada tindakan boleh diambil ke atas pemilik kedai kerana tiada kesalahan dilakukan.

Sehubungan itu, Sharuddin menasihatkan orang ramai untuk bertanya kepada pemilik kedai atau menyemak senarai harga yang dipamerkan sebelum mengambil makanan, untuk mengelakkan masalah itu daripada berlaku.

Pada minggu lalu, seorang wanita memuat naik kenyataan di Twitter kerana perlu membayar RM100 semasa makan bersama suaminya di sebuah kedai makan di tepi jalan Leban Chondong, Kuala Rompin.

Wanita itu memuat naik resit bayaran dan gambar nasi campur bersama dua ekor udang galah bersama kenyataan 'weh memang gini ke kedai ni? ke laki aku makan ikan duyung' dan status itu mendapat pelbagai reaksi netizen.

65,000 pekerjaan baru di Johor - exco




JOHOR BAHRU : Sebanyak 65,000 pekerjaan baru akan dihasilkan di negeri Johor, menurut Exco Pelancongan Perdagangan dan Kepenggunaan negeri, Datuk Tee Siew Kiong.

Menurut beliau rakyat Johor khususnya, dan rakyat Malaysia amnya, akan memenuhi keperluan pekerjaan ini.

Apabila ditanya samada peluang pekerjaan ini akan pergi ke pekerja asing, beliau menjawab, "Kebanyakan peluang pekerjaan ini akan tertumpu kepada rakyat negara ini".

Beliau membuat kenyataan tersebut selepas menyempurnakan pelancaran kilang IBS di Forest City Johor.

IBS adalah sistem pembinaan baru yang boleh menjadikan proses pembinaan lebih efisyen.

Country Garden Pacificview akan membina Forest City, yang keluasannya satu perempat saiz Petaling Jaya, iaitu seluas 20 KM persegi.

Semua pembinaan akan dilakukan di atas laut, secara reclamation land (tanah tambak).

Datuk Tee menambah, kerajaan negeri telah berjaya menghasilkan peluang pekerjaan ini terutamanya di sektor pembuatan.

"Pelabur asing, terutamanya dari negeri Cina telah melabur jutaan ringgit untuk membangunkan negeri Johor.

"Sebanyak 45% jumlah pelaburan di Malaysia untuk tahun ini tertumpu di Johor," kata beliau lagi.

Tutup awal stesen minyak bagi kaut untung lebih akan diambil tindakan - KPDNKK




KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan mengambil tindakan ke atas mana-mana pengusaha stesen minyak yang bertindak menutup awal premis apabila kenaikan harga minyak diumumkan bagi mengaut keuntungan.

Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, mereka yang melakukan kesalahan itu boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Kawalan Bekalan 1961.

Menurut Hamzah, kementeriannya telah menyiasat aduan yang dibuat pengguna berhubung perkara berkenaan.

"Apabila saya dapat aduan daripada beberapa pengguna, kita telah siasat dan semalam saya telah jumpa dengan Persatuan Pengusaha Stesen Minyak dan minggu depan saya akan jumpa syarikat-syarikat minyak.

"Kita akan ambil tindakan kalau ada terbukti kalau bahawa mereka buat itu. Kita akan ambil tindakan kerana ia adalah satu kesalahan," katanya dalam sidang media selepas mengadakan lawatan ke pameran World Food Festival di Pasaraya Lulu di sini hari ini.

Media sebelum ini melaporkan kekecewaan pengguna yang mendakwa stesen minyak yang sering dikunjungi ditutup awal pada malam Rabu lalu kerana didakwa mahu mendapat keuntungan lebih sebaik harga petrol RON95 dan RON97 diumumkan naik empat sen dan diesel naik tujuh sen berkuatkuasa Khamis.

Malah, ada yang mendakwa hos pam di sebuah stesen minyak diikat dengan tali rafia dan lampu ditutup.

Bagaimanapun, stesen minyak berkenaan dikatakan beroperasi semula selepas jam 12 tengah malam pada hari tersebut dan pengguna kemudian dikenakan harga petrol dan diesel yang baharu.

KPDNKK pastikan bekalan minyak masak mencukupi dan harga stabil




SANDAKAN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan memastikan bekalan minyak masak dan harganya stabil menjelang perayaan Aidilfitri.

Pengarah Penguatkuasa KPDNKK Datuk Mohd Roslan Mahayudin berkata operasi dan pemeriksaan akan dijalankan di seluruh negara bagi memastikan tiada pihak menyeleweng bekalan minyak masak termasuk yang bersubsidi.

Katanya negara merupakan pengeluar minyak sawit utama dunia dan tidak sepatutnya menghadapi masalah kekurangan bekalan minyak masak.

"Semua pihak bertanggungjawab diminta bersama-sama KPDNKK memastikan bekalan minyak masak mencukupi dan dijual dengan harga munasabah.

"Bekalan minyak masak bersubsidi akan berhadapan masalah kekurangan bekalan disebabkan oleh pihak yang tidak jujur melakukan penyelewengan termasuk mengeksport ke luar negara," katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Mohd Roslan berkata bekalan minyak masak di Sabah masih belum pulih sepenuhnya.

Katanya pihaknya masih menerima aduan berlaku masalah kekurangan bekalan minyak masak di beberapa daerah antaranya di Kota Kinabalu, Tawau dan Lahad Datu.

Menurutnya aduan lain diterima adalah minyak masak bersubsidi 1 kilogram yang sepatutnya dijual pada harga RM2.50 tetapi dijual RM2.90 ke atas.

"Pihak kami memandang serius perkara ini dengan mengambil tindakan tegas menanganinya termasuk menerusi pemeriksaan di kilang membungkus minyak masak bersubsidi," katanya.

Beliau berkata bekalan minyak masak di negeri lain sudah pulih.

Tayar celup disahkan Sirim, selamat digunakan




SEREMBAN: Penggunaan tayar celup yang mendapat pengesahan daripada pihak SIRIM adalah tayar celup yang berkualiti dan selamat untuk digunakan.

Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Seri Nadzri Siron berkata kewujudan tayar celup tanpa pengesahan daripada pihak SIRIM yang dikeluarkan syarikat yang tidak berlesen adalah berisiko tinggi mendatangkan kemalangan.

"Tayar celup ini adalah satu industri yang dilesenkan di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan sebagainya, di luar negara pun ada penggunaan tayar celup.

"Tetapi kita kena ingat, kena guna tayar celup yang berkualiti dan mesti disahkan oleh SIRIM kerana pengiktirafannya perlu melalui ujian di makmal dan sebagainya sebelum sijil pengesahan dikeluarkan.

"Bagaimanapun penggunaan tayar celup yang berisiko adalah tayar celup yang dihasilkan dari syarikat yang tidak berlesen. Tayar ini tidak mengikut kaedah dan peraturan yang ditetapkan oleh SIRIM, inilah punca kemalangan kerana tayar cepat meletup dan sebatian getah mudah terkeluar," katanya kepada pemberita pada majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang JPJ Zon Selatan di sini, pada Khamis.

Beliau berkata demikian mengulas mengenai kekeliruan orang ramai terhadap status penggunaan tayar celup di negara ini.

Nadzri berkata justeru, kami memohon kerjasama daripada agensi lain antaranya KPDNKK dan Lembaga Getah dalam memastikan pengeluaran tayar celup mengikut spesifikasi.

Dalam perkembangan lain, Nadzri berkata hukuman dan denda terhadap pemandu kereta atau penunggang motosikal di bawah pengaruh dadah sehingga meragut nyawa, akan dilihat semula.

"Walaupun kes seperti ini masih tidak membimbangkan memandangkan statistik menunjukkan 60 peratus punca kemalangan adalah melibatkan had laju serta penunggang dan pembonceng motosikal, namun ia harus diambil serius juga.

"Tetapi kami lebih bimbang jika ia melibatkan pemandu bas atau teksi kerana mereka membawa ramai penumpang," katanya.

Mengenai sistem mata demerit, Nadzri berkata ia dilaksanakan bukan semata-mata untuk menghukum tetapi untuk mendidik dan tidak mahu wujudnya lebih ramai pemandu tegar yang melakukan kesalahan jalan raya berulang-ulang.

"Sebelum ada sistem ini orang kata kami tidak tegas, jadi kami laksana sistem seperti ini yang dilihat lebih tegas dan berkesan.

"Maklum balas daripada orang ramai akan dilihat juga nanti dan mungkin akan dipertimbangkan jika kami buat kajian semula nanti," katanya. -- BERNAMA


Hamzah akan bertemu pihak Shell mengenai caj lebih tinggi bagi petrol



SEPANG: Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainuddin akan bertemu pihak pengurusan Shell pada Isnin berhubung laporan pengguna dikenakan caj RM4.09 bagi seliter petrol di Pulau Pinang malam tadi.

Beliau berkata pertemuan akan diadakan di kementerian bagi membolehkan Shell mengemukakan surat tunjuk sebab dan membuktikan masalah teknikal yang didakwa punca perkara itu berlaku.

Kementerian juga akan mengadakan siasatan sendiri bagi menentukan ia berpunca daripada masalah teknikal atau sengaja dilakukan.

"Walaupun Shell mengaku ia adalah masalah teknikal dan meminta maaf, saya masih mahu mereka datang dan membuktikan ia adalah masalah teknikal. Kesilapan adalah kesilapan.

"Kita tidak menerima banyak aduan, namun satu aduan sudah cukup bagi kita untuk menyiasat," katanya kepada pemberita apabila diminta mengulas perkara tersebut.

Ditanya bagaimana wang pengguna akan dipulangkan, Hamzah berkata pihak pengurusan Shell berjanji akan memulangkan wangnya.

Posting Facebook telah menyiarkan bahawa seorang pelanggan yang mengisi keretanya dengan RON95 selepas tengah malam di sebuah stesen minyak di Pulau Pinang dikenakan caj RM4.09 seliter dan bukannya RM2.08, dengan turut memuatkan gambar resit bayaran itu.

Pada Rabu, harga minyak petrol RON97 dan RON95 naik 7 sen sementara diesel 4 sen yang menyaksikan harga RON95 ialah RM2.08 seliter, RON97 pada RM2.36 seliter dan diesel RM1.99 seliter.

-- BERNAMA

FIT RUN MALAYSIA




Pada 7/4/2018 saya telah menghadiri acara fit run malaysia yang bertempat di politeknik seberang perai.Seramai 15 ribu org telah menyertai program tersebut.Program ini dirasmikan oleh Khairy Jamaludin,Beliau merupakan menteri belia dan sukan.Program itu mempunyai 2 kategori iaitu berlari dan berbasikal.Peserta mula berlari pada pukul 8.30 pagi dan berakhir pada pukul 12.00 tengahari.

Program fit run ini disertai oleh pelbagai institut,sekolah,orang awam dan sebagainya.Kategori yang saya masuk ialah sejauh 5KM dan ia juga merupakan jarak yang jauh bagi saya kerana saya tidak pernah lagi bersenam sejauh itu.Setelah saya menghabiskan larian itu saya menerima sebuah medal kerana berjaya menamatkan larian tersebut.

Saya juga diberi sedikit makanan selepas menghabiskan acara tersebut.Setelah selesai semuanya saya pun pulang ke rumah


cara mengesan kerosakan pada RAM

              


Disini kita akan belajar cara untuk mengesan RAM dan cara mengatasi nya

Apabila kita ON kan komputer tiba-tiba display pada LCD ataupun MONITOR  kita menjadi display hitam.Ini di sebabkan RAM pada Motherboard CPU tidak berfungsi ataupun kemungkinan rosak.



BIOS pada Motherboard akan mengeluar bunyi seperti BEEP..BEEP sebyk 2 kali itu menandakan RAM tidak berfungsi

LANGKAH TERAKHIR SEBELUM MENUKAR RAM BARU

1.  Buka Casing CPU anda,Selepas itu tgk bahagian yang ada RAM seperti gambar di atas


2. Untuk mengeluarkan RAM dari port nya ialah dengan cara menekan ke arah kekunci RAM pada hujung sudut.Secara Automatik RAM akan terkeluar.


3.  Sebaiknya  membersih dahulu port RAM dengan menggunakan berus ANTI STATIC.Berus biasa pun boleh


4.  Pada langkah ini,Jika RAM berhabuk sebaiknya membersihkan dahulu.Habuk atau debu merupakan punca utama kegagalan RAM gagal berfungsi.
ANDA DINASIHATKAN TIDAK MENYENTUH IC DAN KOD EMAS PADA RAM KERANA RAM INI SANGAT SENSITIF


5.  Gunakan Pemadam biasa untuk membersihkan kotoran habuk pada kod emas RAM di depan dan dibelakang RAM.Lihat cara memegang RAM.


6.  Sebelum memasukkan RAM pastikan anda melihat pada garisan bolder pada port RAM.Sebarang kesilapan memasukkan RAM dengan salah akan menyebabkan RAM terbakar


7.  Langkah terakhir masukkan RAM dengan Berhati-hati dan pastikan RAM di masukkan dengan betul.Tekan RAM rapat-rapat,Selepas itu Kunci RAM pada hujung port.

Tutup semula casing CPU..ON kan computer,jika anda bernasib baik komputer anda berjaya dihidupkan dan display pada LCD atau MONITOR anda akan berfungsi.
Jika tiada perubahan bermakna RAM anda telah rosak.Anda perlu membeli baru,dan pastikan anda membeli RAM yang betul untuk Motherboard anda

Ini adalah langkah terakhir sebelum anda membeli RAM baru

Wednesday 28 February 2018

sololearn

hari ini saya telah menyiapkan html pertama saya di sololearn

Monday 19 February 2018

Jamuan TKS





Pada 13 Nov 2017 jabatan kami mengadakan jamuan untuk meraikan pelajar semester akhir yang bertempat di Kepala Batas Pulau Pinang.Kami berkumpul disana kira kira pada pukul 8.30pm.Kami mengadakan jamuan di steamboat dfiesha.

Kami meluangkan masa bersama sama dengan menikmati pelbagai hidangan seperti daging,ayam,sotong,mee dan sebagainya.selain itu,kami juga bergambar dgn pensyarah dan pelajar semester akhir sebagai kenangan.selepas itu,kami juga mengadakan upacara pemotongan kek.


Melawat tempat bersejarah




Pada 17/2/2018  cuti persekolahan yang lalu, bapa saya telah bersetuju untuk membawa kami sekeluarga melawat ke beberapa tempat yang bersejarah untuk menambahakan ilmu pengetahuan dan menanamkan semangat patriotisme dalam diri kami. Kami berasa besar hati untuk melawat ke tempat tersebut. Awal-awal pagi lagi, kami mula mengemaskan barang keperluan masing-masing sebelum memulakan perjalanan ke destinasi-destinasi tersebut. Saya telah membawa buku catatan untuk membuat nota  dan kamera digital untuk merakam gambar-gambar menarik untuk dijadikan kenangan. Selepas mengemaskan barang-barang, kami pun bertolak ke Melaka Bandaraya Bersejarah dengan menaiki kereta bapa saya.

 Beberapa jam kemudian, kami tiba di destinasi yang pertama, iaitu kota A' Farmosa. Sebaik-baik saja turun dari kereta, adik saya melompat-lompat kegembiraan kerana inilah kali pertama dia melinat bangunan bersejarah itu. Bapa saya sempat menceritakan peristiwa bersejarah yang berkaitan dengan kota ini. Kota A' Farmosa ini dikelilingi oleh pokok-pokok yang menghijau dan terdapat juga beberapa ekor monyet yang jinak meminta makanan daripada pengunjung yang lalu-lalang di situ.

 Saya telah membeli beberapa buah cenderahati untuk dihadiahkan kepada rakan-rakan saya. Barangan yang dijual di 'Jonker Walk' agak murah. Tidak hairanlah banyak pelancong yang membeli-belah di situ. Pada kira-kira pukul 11:00 malam kami pun kembali ke hotel untuk tidur.

Pada keesokan harinya, kami bangun pada pukul 9:00 pagi dan bersarapan di hotel itu. Pada hari tersebut kami akan melawat ke Tugu Peringatan dan Muzium Negara di Kuala Lumpur. Kami bertolak pada pukul 10:00 pagi.

 Selepas beberapa jam perjalanan, saya dan keluarga saya tiba di Menara berkembar petronas. Kami tidak sabar untuk melihatnya kerana selama ini kami hanya melihat menara tersebut menerusi gambar atau layar televisyen.

 Pengalaman melancong ke tempat bersejarah kali ini, telah banyak memberikan ilmu pengetahuan kepada saya selain menyemai semangat cinta akan negara. Melancong ke tempat-tempat bersejarah ini juga dapat mengisi masa lapang saya pada cuti sekolah dengan aktiviti yang berfaedah. Saya berharap agar bapa saya akan membawa saya dan keluarga untuk mengunjungi tempat-tempat bersejarah yang lain pula pada cuti persekolahan yang akan datang.


Bersihkan habuk




Musuh yang paling utama bagi komputer ini adalah habuk. Habuk ini sentiasa berada disekeliling kita, Ianya berbentuk partikel-partikel halus yang terapung-apung di udara. Setiap komponen elektronik yang terdapat pada PC amat sensitif pada habuk. Habuk ini terdapat berbagai jenis dan termasuklah asap rokok. Partikel-partikel asap boleh mengakibatkan jangkahayat komputer akan kurang Jenis-jenis habuk yang lain pula termasuklah habuk dari udara dan habuk dari serangga-serangga yang masuk ke dalam komputer kita.

Cara untuk menghilangkan habuk senang sahaja. Cara pencegahan, kita perlu tutup komputer kita jika tidak di gunakan dengan plastik komputer. Cara rawatan pula, gunakanlah vacum cleaner yang berkuasa rendah dan berus cat yang kering untuk menyedut habuk-habuk yang terdapat pada PC anda (jangan gunakan yang berkuasa kuat kerana ia boleh merosakkan komponen-komponen komputer tersebut).

Punca Kerosakkan Power Supply





Hari ini aku tukar 4unit power supply, tidak lain dan tidak bukan punca utama ialah KILAT . aku yakin sangat sebab hujan lebat berserta dengan panahan kilat petang kemarin menyebabkan power supply terus rosak. sepanjang aku bekerja tak pernah lagi buka atau repair power supply. insyaalah kalau ada masa nanti aku akan selidik semua komponen-komponen dalam power supply.

Fungsi Power Supply ialah menukarkan jenis kuasa elektrik dari soket dinding iaitu arus ulang alik kepada jenis yang diguna pakai oleh litar-litar di dalam komputer.Power Supply memainkan peranannya dengan menukar Kuasa AC kepada DC.Contohnya 220/230 AC kepada arus kecil ke dalam komputer 12v( Dc)

Selalunya pelbagai sebab Komputer(CPU) tidak dapat  ON.Salah satu sebab yang ialah kerosakan Power Supply.Berkongsi cara-cara memastikan Power Supply kita rosak atau pun tidak

1. Periksa Dahulu keadaan Power Cord,jika ada kebocoran ataupun kalau plug power cord menpunyai fius tukar dulu fiusnya

2.  Jika keadaan Fan(kipas)Power Supply berhabuk,bersihkan dulu dengan menggunakan berus

3.  Pada langkah ini kita akan melakukan Jumper Wajar pada connector (PSU).Sebelum itu cari wajar pendek yang menpunyai penebat untuk langkah keselamatan

4.Cari Point wayar warna HIJAU dan Point wayar HITAM. Kemudian masukkan wayar pendek diantara Point wayar HIJAU dan HITAM

5. Masukkan Power Cord Anda  ke Power Supply(PSU) dan ON kan Suis.Kalau Fan(kipas) pada Power Supply Berpusing Bermakna Power Supply anda OK

Setelah melakukan Ujikaji..Cara ini tidak membahayakan anda..Apa yang penting Jumper wayar pada Point Wayar HIJAU dan Point Wajar HITAM betul

Untuk maklumat anda Point Wajar HIJAU ada satu jer anda tidak akan keliru..manakala Point Wayar HITAM ada banyak.Untuk Point Wayar HITAM anda pilih jer pada lubang Connector PSU.Mana-mana pun boleh janji Wayar Point itu Warna HITAM

Anda Boleh mengetahui jenis Power Supply anda...Jenis 20pin atau 24pin dengan mengira jumlah lubang pada connector PSU.