Monday 16 April 2018

TVET MALAYSIA ROBOT COMPETITION



Pada 22-24 MAC 2018 yang lalu saya telah menyertai pertandingan robot di PWTC Kuala Lumpur.Saya bersama tiga orang rakan dan enam orang pengajar dari ILP Perai terlibat dalam pertandingan tersebut.

ILP Perai telah menghantar dua biji robot untuk bertanding dalam pertandingan tersebut.Kategori yang disertai kami ialah 8KG.Selain itu,terdapat 60 pasukan dari institut lain juga terlibat bersama-sama kami.

Kami berada di Kuala Lumpur selama empat hari dan menginap di kg Bahru.Kami menginap disebuah homestay yang tidak jauh dari PWTC.Homestay kami tidak jauh dari kedai makan dan disitu juga merupakan syurga makanan jika berada disana kerana disetiap jalan disana terdapat banyak kedai makan.

Sebiji robot yang disertai oleh kami telah berjaya memasuki peringkat akhir namun tidak berjaya untuk mendapatkan tempat yang pertama kerana berjaya dikalahkan oleh robot yang dimiliki oleh IKBN Dusun Tua. 

No comments:

Post a Comment