Wednesday 28 February 2018

sololearn

hari ini saya telah menyiapkan html pertama saya di sololearn

Monday 19 February 2018

Jamuan TKS





Pada 13 Nov 2017 jabatan kami mengadakan jamuan untuk meraikan pelajar semester akhir yang bertempat di Kepala Batas Pulau Pinang.Kami berkumpul disana kira kira pada pukul 8.30pm.Kami mengadakan jamuan di steamboat dfiesha.

Kami meluangkan masa bersama sama dengan menikmati pelbagai hidangan seperti daging,ayam,sotong,mee dan sebagainya.selain itu,kami juga bergambar dgn pensyarah dan pelajar semester akhir sebagai kenangan.selepas itu,kami juga mengadakan upacara pemotongan kek.


Melawat tempat bersejarah




Pada 17/2/2018  cuti persekolahan yang lalu, bapa saya telah bersetuju untuk membawa kami sekeluarga melawat ke beberapa tempat yang bersejarah untuk menambahakan ilmu pengetahuan dan menanamkan semangat patriotisme dalam diri kami. Kami berasa besar hati untuk melawat ke tempat tersebut. Awal-awal pagi lagi, kami mula mengemaskan barang keperluan masing-masing sebelum memulakan perjalanan ke destinasi-destinasi tersebut. Saya telah membawa buku catatan untuk membuat nota  dan kamera digital untuk merakam gambar-gambar menarik untuk dijadikan kenangan. Selepas mengemaskan barang-barang, kami pun bertolak ke Melaka Bandaraya Bersejarah dengan menaiki kereta bapa saya.

 Beberapa jam kemudian, kami tiba di destinasi yang pertama, iaitu kota A' Farmosa. Sebaik-baik saja turun dari kereta, adik saya melompat-lompat kegembiraan kerana inilah kali pertama dia melinat bangunan bersejarah itu. Bapa saya sempat menceritakan peristiwa bersejarah yang berkaitan dengan kota ini. Kota A' Farmosa ini dikelilingi oleh pokok-pokok yang menghijau dan terdapat juga beberapa ekor monyet yang jinak meminta makanan daripada pengunjung yang lalu-lalang di situ.

 Saya telah membeli beberapa buah cenderahati untuk dihadiahkan kepada rakan-rakan saya. Barangan yang dijual di 'Jonker Walk' agak murah. Tidak hairanlah banyak pelancong yang membeli-belah di situ. Pada kira-kira pukul 11:00 malam kami pun kembali ke hotel untuk tidur.

Pada keesokan harinya, kami bangun pada pukul 9:00 pagi dan bersarapan di hotel itu. Pada hari tersebut kami akan melawat ke Tugu Peringatan dan Muzium Negara di Kuala Lumpur. Kami bertolak pada pukul 10:00 pagi.

 Selepas beberapa jam perjalanan, saya dan keluarga saya tiba di Menara berkembar petronas. Kami tidak sabar untuk melihatnya kerana selama ini kami hanya melihat menara tersebut menerusi gambar atau layar televisyen.

 Pengalaman melancong ke tempat bersejarah kali ini, telah banyak memberikan ilmu pengetahuan kepada saya selain menyemai semangat cinta akan negara. Melancong ke tempat-tempat bersejarah ini juga dapat mengisi masa lapang saya pada cuti sekolah dengan aktiviti yang berfaedah. Saya berharap agar bapa saya akan membawa saya dan keluarga untuk mengunjungi tempat-tempat bersejarah yang lain pula pada cuti persekolahan yang akan datang.


Bersihkan habuk




Musuh yang paling utama bagi komputer ini adalah habuk. Habuk ini sentiasa berada disekeliling kita, Ianya berbentuk partikel-partikel halus yang terapung-apung di udara. Setiap komponen elektronik yang terdapat pada PC amat sensitif pada habuk. Habuk ini terdapat berbagai jenis dan termasuklah asap rokok. Partikel-partikel asap boleh mengakibatkan jangkahayat komputer akan kurang Jenis-jenis habuk yang lain pula termasuklah habuk dari udara dan habuk dari serangga-serangga yang masuk ke dalam komputer kita.

Cara untuk menghilangkan habuk senang sahaja. Cara pencegahan, kita perlu tutup komputer kita jika tidak di gunakan dengan plastik komputer. Cara rawatan pula, gunakanlah vacum cleaner yang berkuasa rendah dan berus cat yang kering untuk menyedut habuk-habuk yang terdapat pada PC anda (jangan gunakan yang berkuasa kuat kerana ia boleh merosakkan komponen-komponen komputer tersebut).

Punca Kerosakkan Power Supply





Hari ini aku tukar 4unit power supply, tidak lain dan tidak bukan punca utama ialah KILAT . aku yakin sangat sebab hujan lebat berserta dengan panahan kilat petang kemarin menyebabkan power supply terus rosak. sepanjang aku bekerja tak pernah lagi buka atau repair power supply. insyaalah kalau ada masa nanti aku akan selidik semua komponen-komponen dalam power supply.

Fungsi Power Supply ialah menukarkan jenis kuasa elektrik dari soket dinding iaitu arus ulang alik kepada jenis yang diguna pakai oleh litar-litar di dalam komputer.Power Supply memainkan peranannya dengan menukar Kuasa AC kepada DC.Contohnya 220/230 AC kepada arus kecil ke dalam komputer 12v( Dc)

Selalunya pelbagai sebab Komputer(CPU) tidak dapat  ON.Salah satu sebab yang ialah kerosakan Power Supply.Berkongsi cara-cara memastikan Power Supply kita rosak atau pun tidak

1. Periksa Dahulu keadaan Power Cord,jika ada kebocoran ataupun kalau plug power cord menpunyai fius tukar dulu fiusnya

2.  Jika keadaan Fan(kipas)Power Supply berhabuk,bersihkan dulu dengan menggunakan berus

3.  Pada langkah ini kita akan melakukan Jumper Wajar pada connector (PSU).Sebelum itu cari wajar pendek yang menpunyai penebat untuk langkah keselamatan

4.Cari Point wayar warna HIJAU dan Point wayar HITAM. Kemudian masukkan wayar pendek diantara Point wayar HIJAU dan HITAM

5. Masukkan Power Cord Anda  ke Power Supply(PSU) dan ON kan Suis.Kalau Fan(kipas) pada Power Supply Berpusing Bermakna Power Supply anda OK

Setelah melakukan Ujikaji..Cara ini tidak membahayakan anda..Apa yang penting Jumper wayar pada Point Wayar HIJAU dan Point Wajar HITAM betul

Untuk maklumat anda Point Wajar HIJAU ada satu jer anda tidak akan keliru..manakala Point Wayar HITAM ada banyak.Untuk Point Wayar HITAM anda pilih jer pada lubang Connector PSU.Mana-mana pun boleh janji Wayar Point itu Warna HITAM

Anda Boleh mengetahui jenis Power Supply anda...Jenis 20pin atau 24pin dengan mengira jumlah lubang pada connector PSU.

CARA MENYELESAIKAN MASALAH BATERI CMOS





Laptop, seperti juga komputer desktop, biasanya mengandungi CMOS, atau complementary metal-oxide-semiconductor Bateri. Bateri ini dipasang pada motherboard, berfungsi mengekalkan maklumat BIOS yang tersimpan dalam laptop   apabila bekalan kuasa ditutup. Ia juga mengekalkan maklumat tarikh dan masa, dan menyimpan maklumat yang ada didalam  RAM sekiranya berlaku gangguan kuasa.

Bateri CMOS biasanya bertahan antara empat hingga tujuh tahun di komputer sebelum ia mula kehabisan voltan. Anda akan tahu apabila bateri CMOS anda telah menuju jangka hayatnya   anda akan melihat mesej yang menyebut sesuatu seperti “  CMOS checksum error” atau lain lain masalah yang sama. Tidak Sering kali, anda akan melihat mesej ralat ini keluar pada skrin apabila boot up, ia jelas menunjukkan bahawa bateri hampir mati tetapi belum hilang kuasa sepenuhnya. Ini adalah masa yang sesuai untuk menggantikan bateri. Walau bagaimanapun, jika anda mendapat mesej ralat setiap kali anda boot, bateri mungkin benar-benar sudah mati, dan anda mungkin telah kehilangan tetapan BIOS anda bersama-sama dengan beberapa maklumat sistem lain.

Sebelum menanggalkan bateri CMOS untuk penggantian, pastikan anda masuk BIOS mode pada laptop anda, dan tulis semua tetapan dalam menu BIOS anda. Inilah tetapan yang disimpan pada bateri itu, dan apabila anda mengeluarkan bateri itu, data   akan dipadamkan. Selepas menggantikan dengan bateri baru  anda boleh masuk ke tetapan BIOS dan memulihkan tetapan dari salinan andaasukkan semula tetapan.

Dalam laptop, bateri CMOS biasanya ditemui di bawah papan kekunci.   Ia juga penting untuk ambil perhatian bahawa pada sesetengah model, bateri CMOS   dipateri terus ke motherboard, di mana anda tidak akan dapat mengeluarkan bateri tanpa bantuan profesional. Ada sesetengah laptop mepunyai bateri CMOS yang boleh ditanggalkan, tetapi biasanya akan ada klip yang memegangnya. Hanya  buka klip, keluarkan bateri, dan menggantikannya dengan yang baru. Juga terdapat Bateri cmos disambung ke motherboard dengan cable, dimana terdapat logam yang menyepit antara kutub bateri, dan dibalut erat dengan plastic khas, biasanye agak sukar menggantikan bateri ini kerana jika plastik dan penyebit dibuka, dan diletakan dengan yang baru, tanpa logam dilekat semula, akan terdapat kelonggaran dan menyebabkan bateri tidak tersambung.Lebih mudah menggantikannya dengan bateri cmos yang sudah tersedia seperti asal.

Pengusaha hotel tidak pamer harga dikenakan tindakan sama dengan peniaga lain


AYER KEROH: Kesalahan tidak menyatakan harga sebenar bagi pengusaha hotel serta makanan dan minuman (F&B) selepas ini adalah sama dengan tindakan peniaga-peniaga lain yang tidak mempamerkan tanda harga.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, kesalahan itu dianggap sama selepas Rang Undang-Undang Kawalan Harga dan Antipencatutan (Pindaan) 2017 serta Rang Undang-Undang Perihal Dagangan (Pindaan) 2017 diluluskan Dewan Rakyat pada Khamis.
Langkah itu diambil bagi mengelakkan pengguna dikenakan caj yang berlainan daripada apa yang diiklankan oleh peniaga dan juga bagi melindungi hak mereka,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Koperasi Negara 2017 Peringkat Negeri Melaka yang dirasmikan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Idris Haron di MITC Ayer Keroh petang Jumaat.

Hamzah ketika menggulung perbahasan dua rang undang-undang tersebut di Dewan Rakyat kelmarin memaklumkan peniaga tidak lagi dibenarkan mempamerkan harga berbeza dengan harga yang perlu dibayar oleh pengguna dan ini bermakna tiada kos tersembunyi terpaksa ditanggung dan pengguna dan mereka hanya perlu membayar berdasarkan harga yang dipamerkan oleh peniaga.

Bagaimanapun katanya, sebagai permulaan, hanya peniaga yang terlibat dalam sektor perhotelan serta F&B perlu mematuhi peraturan pameran harga terangkum termasuk iklan yang ditawarkan mereka perlu meliputi semua caj seperti cukai, duti dan caj kerajaan.

CAP dakwa harga ikan, sayuran meningkat sehingga 300 peratus

CAP dakwa harga ikan, sayuran meningkat sehingga 300 peratusPeningkatan harga itu sangat menjejaskan golongan berpendapatan rendah. - Gambar hiasan

GEORGE TOWN: Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan mengambil langkah segera menurunkan harga sayuran, buahan dan ikan yang didakwanya meningkat sehingga 300 peratus dalam tempoh seminggu.

Wednesday 14 February 2018

Gotong royong

TARIKH: 17/1/2018



1)Mengemas bilik pelajar secara berkumpulan

2)Mengangkat almari dari bilik pengajar ke bilik BPSM

3)Mengangkat rak dari stor ke bilik pengajar

4)Mencuci papan putih menggunakan thiner

5)Mengangkat UPS dari bilik pengajar ke stor

6)Memasang rak besi

7)Mengubah kedudukan papan putih di bilik pengajar

8)mengubah tempat menyangkut kunci

9)Menyusun fail di rak

10)Membuang sampah ke dalam tong sampah

Wednesday 7 February 2018

html pertama saya

Hai
Hari ini saya belajar cara buat table menggunakan HTML.
Awak semua boleh tngok code di sini.





<center>
<h2>SELAMAT BERKENALAN DENGAN HTML </h2>
<table border="1">
<tr>
<th>KURSUS</th>
<th>3 HARI</th>
<th>6 HARI</th>
</tr>
<tr>
<td>KURSUS MICROSOFT SERVER 2008</td>
<td>RM500</td>
<td>RM1000</td>  
</tr>
<tr>
<td>KURSUS MICROSOFT SERVER 2013</td>
<td>RM300</td>
<td>RM600</td>
</tr>
<tr>
<td>KURSUS WEB DESINGN</td>
<td>RM300</td>
<td>RM600</td>
</tr>
</table>

Hasilnya :

SELAMAT BERKENALAN DENGAN HTML

KURSUS 3 HARI 6 HARI
KURSUS MICROSOFT SERVER 2008 RM500 RM1000
KURSUS MICROSOFT SERVER 2013 RM300 RM600
KURSUS WEB DESINGN RM300 RM600
JADUAL KURSUS TAHUN 2015

Thursday 1 February 2018

first time belajar blog


Hi semua
ini kali pertama saya belajar blog di ilp perai
semoga bermanfaat
terima kasih☺

Hello World

selamat datang ke blog saya di :https://mhdlukhman30.blogspot.my/