Monday 16 April 2018

CARA-CARA UNTUK MENGELAKKAN KEROSAKAN PADA GRAPHIC CARD



 Graphic chipset ataupun cipset grafik ini merupakan sebuah komponen elektrik pada laptop dimana ia memberikan laptop display. Tanpa cipset ini, kita tak boleh nak guna laptop sebab laptop tidak dapat mengeluarkan display. Dengan graphic chipset yang moden, ia boleh digunakan untuk bermain game, video editing dan sebagainya. Tidak seperti graphic card pada desktop, ia tidak mempunyai kipas yang betul-betul berada di atas chipset, menjadikan graphic chipset ini lebih mudah panas, dan berkemungkinan untuk rosak lebih cepat. Di sini saya akan kongsikan cara untuk elakkan graphic chipset ini rosak.   1. Kurangkan bermain game. Game merupakan salah satu punca kebanyakan graphic chipset ini rosak. Kerana game menyebabkan graphic chipset ini running dengan suhu yang tinggi untuk memaparkan gambar yang terbaik ketika bermain. Suhu yang tinggi merupakan musuh utama graphic chipset Tidak salah untuk bermain game, tetapi, kurangkan waktu bermain, mungkin dalam sejam bermain, rehatkan dua jam. Kemudian sambung balik, dan rehat balik.   2. Kurangkan penggunaan software yang menggunakan chipset. Photoshop, Autocad, Blender, kebanyakan software ini juga menambahkan stress pada graphic chipset. Sama seperti game, ia juga boleh menaikkan suhu dan juga boleh mengundang kerosakan pada graphic chipset. Sebaiknya gunalah desktop untuk kerja-kerja yang berat ini.   3. Selalu membersihkan habuk dan gantikan Thermal Paste. Thermal Paste adalah satu bahan yang bertindak sebagai pengalir haba daripada graphic chipset kepada heat sink. Apabila suhu tinggi, thermal paste akan kering, dan akan menyebabkan suhu pada graphic chipset ini mendap dan merosakkan graphic chipset dan juga boleh merosakkan motherboard.

No comments:

Post a Comment