Monday 19 February 2018

Melawat tempat bersejarah




Pada 17/2/2018  cuti persekolahan yang lalu, bapa saya telah bersetuju untuk membawa kami sekeluarga melawat ke beberapa tempat yang bersejarah untuk menambahakan ilmu pengetahuan dan menanamkan semangat patriotisme dalam diri kami. Kami berasa besar hati untuk melawat ke tempat tersebut. Awal-awal pagi lagi, kami mula mengemaskan barang keperluan masing-masing sebelum memulakan perjalanan ke destinasi-destinasi tersebut. Saya telah membawa buku catatan untuk membuat nota  dan kamera digital untuk merakam gambar-gambar menarik untuk dijadikan kenangan. Selepas mengemaskan barang-barang, kami pun bertolak ke Melaka Bandaraya Bersejarah dengan menaiki kereta bapa saya.

 Beberapa jam kemudian, kami tiba di destinasi yang pertama, iaitu kota A' Farmosa. Sebaik-baik saja turun dari kereta, adik saya melompat-lompat kegembiraan kerana inilah kali pertama dia melinat bangunan bersejarah itu. Bapa saya sempat menceritakan peristiwa bersejarah yang berkaitan dengan kota ini. Kota A' Farmosa ini dikelilingi oleh pokok-pokok yang menghijau dan terdapat juga beberapa ekor monyet yang jinak meminta makanan daripada pengunjung yang lalu-lalang di situ.

 Saya telah membeli beberapa buah cenderahati untuk dihadiahkan kepada rakan-rakan saya. Barangan yang dijual di 'Jonker Walk' agak murah. Tidak hairanlah banyak pelancong yang membeli-belah di situ. Pada kira-kira pukul 11:00 malam kami pun kembali ke hotel untuk tidur.

Pada keesokan harinya, kami bangun pada pukul 9:00 pagi dan bersarapan di hotel itu. Pada hari tersebut kami akan melawat ke Tugu Peringatan dan Muzium Negara di Kuala Lumpur. Kami bertolak pada pukul 10:00 pagi.

 Selepas beberapa jam perjalanan, saya dan keluarga saya tiba di Menara berkembar petronas. Kami tidak sabar untuk melihatnya kerana selama ini kami hanya melihat menara tersebut menerusi gambar atau layar televisyen.

 Pengalaman melancong ke tempat bersejarah kali ini, telah banyak memberikan ilmu pengetahuan kepada saya selain menyemai semangat cinta akan negara. Melancong ke tempat-tempat bersejarah ini juga dapat mengisi masa lapang saya pada cuti sekolah dengan aktiviti yang berfaedah. Saya berharap agar bapa saya akan membawa saya dan keluarga untuk mengunjungi tempat-tempat bersejarah yang lain pula pada cuti persekolahan yang akan datang.


No comments:

Post a Comment