Monday, 16 April 2018
Kerosakan Yang Sering Berlaku Pada Printer
1 ) Tiada Cetakan Berlaku / Cetakan Tidak Terhasil .
Penyebab : Pita yang terdapat pada pencetak atau pengerak ribbon tidak dapat berpusing.
Penyelesaian : Anda perlu periksa kedudukan pita pencetak, sekiranya tiada masalah, pastikan pengerak ribbon bergerak secara normal iaitu ianya tidak berpusing semasa kepala bergerak ke kiri dan ke kanan.
2 ) Kertas Tidak Masuk Pada Pencetak.
Penyebab : berkemungkinan penderia ( sensor ) tidak dapat membaca kehadiran kertas atau roller tidak berfungsi berkemungkinan roller anda patah pada matanya pengeraknya.
Penyelesaian : Bersihkan penderia dan roller/ jika roller anda patah pada mata pengeraknya, anda perlu melakukan sedikit modifty supaya hujung mata tersebut berhubung pada pengerak roller.
3) Cetakan Terpotong/ Tidak Sempurna.
Penyebab : jarum pada kepala pencetak ( print head ) kotor atau tersumbat disebabkan anda jarang menggunakan printer, maka ink yang terdapat pada cartridge akan keras.
Penyelesaian : Buka kepada pencetak dan periksa titik pin yang berada pada sisi depan sekiranya berlubang atau anda periksa jalur pada kepala pencetak sekiranya terputus,
Anda juga boleh mencuba merendamkan kepada pencetak anda/ catridge anda ke dalam air panas ( amaran : rendam hanya separuh jangan penuh,supaya mata pencetak dibawah tersentuh dengan air panas, dimana ink yang keras akan cair.
Jika kesemua penyelesaian diatas telah anda lakukan, makan hasil masih sama, seelok anda tukar kepala pencetak/cartridge yang baru.
4 ) Semasa cetakan dilakukan, kepala pencetak anda melompat-lompat / cetakan melompat-lompat.
Penyebab : ianya disebabkan tidak lancarnya gerakan kepala pencetak ke kiri dan ke kanan/ atau metal rail anda tidak tegang.
Penyelesaian : Bersihkan metal rail menggunakan cecair, lap dengan kering atau pastikan matel rail anda tegang, dimana fungsi metal rail mengerakkan kepala pencetak/catridge semasa proses cetakan berlaku.
5 ) Cetakan Laser/ Mesin Photostat anda berbelang-belang.
Penyebab : Drum kotor, berkemungkinan kerana kekerapan menggunakan mesin dan disebabkan oleh cara pengguna menarik kertas yang tersangkut.
Penyelesaian : Cuba bersihkan kotoran yang terdapat pada drum sekiranya tidak berjaya anda perlu tukar baru.
Nota : Sesetengah drum dilekatkan sekali bersama toner, jadi anda perlu menukar toner baru, sekiranya drum tersebut bermasalah.
Labels:
#Ilmukomputer,
#LamanRujukan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment