Monday 16 April 2018

Pemasangan Cable UTP CAT5E




Pada 15 Mac 2018 saya telah ditugaskan untuk membuat strukture Cabling bersama Puan Anuruzi

Alatan dan bahan yang digunakan

1)cutter
2)cable tester
3)punch down\
4)crimping tools
5)RJ45
6)UTP cable CAT5E
7)modular jack

Gotong Royong Di Makmal Perkakasan




Pada 9 February 2018 yang lalu semua pelajar telah membuat gotong royong membersihkan makmal perkakasan.kami membahagikan tugas masing-masing.Untuk berada dalam keadaan yang bersih kita haruslah selalu melakukan gotong royong.

Saya dan Nazdi membuat kerja mengasingkan komponen yang rosak dan yang masih elok seperti power supply.Untuk mengetahui power supply tersebut rosak atau tidak kita haruslah melakukan jumper iaitu meletakkan seutas wayar di lubang pin power supply

Melakukan Preventive Di Makmal Aplikasi




Pada 21 February 2018 saya dan rakan yang lain telah melakukan preventive maintanance di makmal aplikasi.Kami melakukan gotong royong membersihkan kesemua komputer.Selain itu,kami menanggalkan kesemua kable.Kami juga membersihkan kawasan makmal tersebut.Seterusnya,kami mencuci habuk dan debu menggunakan blower untuk mengelakkan komputer panas,rosak dan sebagainya.

Bahan-bahan yang digunakan

1)Kain buruk
2)Blower
3)Penyapu
4)Pemutar skru
5)Cable tie

Perlantikan Majlis Perwakilan Pelajar Sesi 2018



                                              


Pada 5 February 2018 yang lepas ILP Perai telah mengadakan perlantikan MPP sesi 2018.Program ini melibatkan semua pelajar dan pengajar.Perlantikan ini melibatkan dua orang iaitu naib presiden dan juga presiden.

Cara Membuang Virus



Pada 30 Mac 2018 yang lalu saya bersama rakan lain telah belajar cara untuk membuang virus bersama Encik Fuad di makmal ICT.Kami belajar langkah demi langkah untuk membuang virus di komputer.

Setelah Encik Fuad selesai mengajar dia menyuruh kami mencuba untuk membuang virus di komputer sendiri.Agak susah pada awalnya untuk membuang tapi apabila sudah mencuba banyak kali ternyata senang untuk membuang virus.Sekarang ini tidak perlu risau lagi sekiranya virus memasuki komputer kerana kita telah mengetahui caranya

Sesi pembelajaran Khas Dari Syarikat Fulkrum





Pada 12 February 2018 yang lepas Syarikat fulkrum telah datang untuk membuat sesi pembelajaran cara untuk mahir dalam bidang coding.Selain itu,mereka juga mengajar cara untuk membuat design mengunakan Adobe Photoshop.

Mereka ajar cara untuk mengunakan HTML,CSS dan juga bootstrap.Sesi kami dgn mereka bermula dari pagi hinggalah petang.Banyak pengalaman yang diperoleh kami sewaktu kedatangan mereka

Cameron Highland



Pada 11 Mac 2017 saya dan keluarga saya bercuti di Cameron Highland.Kami bercuti disana selama 2hari1malam.Kami bertolak ke sana dari pukul 6 pagi dan tiba pada pukul 1 tengahari.

Kami check in hotel di kawasan tanah rata.Setelah lama berehat di hotel kami mula bersiar-siar.tempat pertama yang dikunjungi oleh kami ialah ladang buah strawberry.Setelah selesai melawat ladang strawberry kami pula pergi ke ladang teh.selain itu,saya juga membeli sedikit buah tangan berasaskan teh untuk dibawa pulang