Disini kita akan belajar cara untuk mengesan RAM dan cara mengatasi nya
Apabila kita ON kan komputer tiba-tiba display pada LCD ataupun MONITOR kita menjadi display hitam.Ini di sebabkan RAM pada Motherboard CPU tidak berfungsi ataupun kemungkinan rosak.
BIOS pada Motherboard akan mengeluar bunyi seperti BEEP..BEEP sebyk 2 kali itu menandakan RAM tidak berfungsi
LANGKAH TERAKHIR SEBELUM MENUKAR RAM BARU
1. Buka Casing CPU anda,Selepas itu tgk bahagian yang ada RAM seperti gambar di atas
2. Untuk mengeluarkan RAM dari port nya ialah dengan cara menekan ke arah kekunci RAM pada hujung sudut.Secara Automatik RAM akan terkeluar.
3. Sebaiknya membersih dahulu port RAM dengan menggunakan berus ANTI STATIC.Berus biasa pun boleh
4. Pada langkah ini,Jika RAM berhabuk sebaiknya membersihkan dahulu.Habuk atau debu merupakan punca utama kegagalan RAM gagal berfungsi.
ANDA DINASIHATKAN TIDAK MENYENTUH IC DAN KOD EMAS PADA RAM KERANA RAM INI SANGAT SENSITIF
5. Gunakan Pemadam biasa untuk membersihkan kotoran habuk pada kod emas RAM di depan dan dibelakang RAM.Lihat cara memegang RAM.
6. Sebelum memasukkan RAM pastikan anda melihat pada garisan bolder pada port RAM.Sebarang kesilapan memasukkan RAM dengan salah akan menyebabkan RAM terbakar
7. Langkah terakhir masukkan RAM dengan Berhati-hati dan pastikan RAM di masukkan dengan betul.Tekan RAM rapat-rapat,Selepas itu Kunci RAM pada hujung port.
Tutup semula casing CPU..ON kan computer,jika anda bernasib baik komputer anda berjaya dihidupkan dan display pada LCD atau MONITOR anda akan berfungsi.
Jika tiada perubahan bermakna RAM anda telah rosak.Anda perlu membeli baru,dan pastikan anda membeli RAM yang betul untuk Motherboard anda
Ini adalah langkah terakhir sebelum anda membeli RAM baru
No comments:
Post a Comment